Penyerahan Sumbangan Bantuan Sempena Aidil Adha 1442H / 2021 di Daerah Bandar Baharu

Penyerahan Sumbangan Bantuan Sempena Aidil Adha 1442H / 2021 di Daerah Bandar Baharu

Bandar Baharu – 18 Julai 2021 (Ahad)

Sebagai persediaan menyambut Hari Aidil Adha 1442H pada 20 Julai 2021, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah berjaya merancang dan melaksanakan Program Penyerahan Sumbangan Bantuan Sempena Aidil Adha 1442H / 2021 kepada mereka yang memerlukan di Daerah Bandar Baharu.
Ketua-ketua Bahagian Majlis Daerah Bandar Baharu dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah bermurah hati menyumbang dalam bentuk barangan keperluan makanan asas, pakaian terpakai dan wang tunai kepada keluarga-keluarga terpilih dari Mukim-mukim Relau, Sungai Kecil Ilir dan Sungai Batu yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 iaitu di Kampung 300 Kaki (Mukim Relau), Kampung Padang (Mukim Sungai Kechil Ilir) dan Kampung Cherok Meranti (Mukim Sungai Batu).
Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Hazlina Binti Baharom selaku Pengerusi Biro Kebajikan dan diiringi oleh Cik Nur Aqilah Afiqah Binti Damsek selaku Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Turut serta dalam majlis ringkas penyerahan sumbangan ini ialah Penghulu-penghulu Mukim dan juga wakil dari Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain jabatan/agensi berkaitan.
Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang atas sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.
Semoga sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang dihadapi oleh para penerima khususnya dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.