PERUTUSAN KETUA JABATAN

PERUTUSAN KETUA JABATAN

YANG MULIA TUNKU ISKANDAR SHAH BIN TUNKU MUSZAFFAR SHAH, AMK.,AMN.,BCK.
PEGAWAI DAERAH YAN

Selamat datang ke Daerah Yan Daerah Pelancongan Warisan.

Laman web rasmi ini bertujuan sebagai media penghubung rasmi antara Pejabat Daerah dan Tanah Yan selaku jentera induk pentadbiran daerah dengan masyarakat awam umumnya. Inisiatif pelancaran portal ini merupakan satu usaha pemantapan dan penambahbaikan sistem penyampaian dalam usaha berterusan warga Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Daerah Yan khususnya dan pelanggan orang ramai umumnya melalui isi kandungan yang padat dengan paparan maklumat berkaitan Profail Daerah Yan serta jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru diharapkan laman web rasmi ini akan bermanfaat dan dimanfaatkan oleh semua masyarakat awam. Saya menghargai serta mengalu-alukan apa jua maklumbalas dan pandangan dalam usaha mengemaskini dan menambahbaiki persembahan laman web rasmi ini.

Sekian, terima kasih.

“Yan Daerah Pelancongan Warisan”