PRA PENGAUDITAN SISTEM STAR RATING (SSR) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PRA PENGAUDITAN SISTEM STAR RATING (SSR) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU-23 Disember 2020 (Rabu)
Pra Pengauditan Sistem Star Rating (SSR) Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu merupakan salah satu daripada 4 Pejabat Daerah dan Tanah negeri Kedah yang terlibat dalam penarafan bintang Sistem Star Rating (SSR).
Pengauditan melibatkan 3 komponen utama iaitu Pengurusan, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan.
Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dinilai oleh ahli-ahli panel yang dilantik oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah yang diketuai oleh Puan Maznim binti Ismail (Ketua Unit Audit Dalam, Pejabat SUK Kedah) .
Pengauditan ini bertujuan bagi memastikan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu mematuhi perundangan, peraturan, piagam dan KPI ditetapkan di samping mempraktikkan amalan yang betul dalam urusan teras jabatan.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang
advanced-floating-content-close-btn