MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH BANDAR BAHARU (JTPD) KEDAH DARUL AMAN BIL. 6/2020

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH BANDAR BAHARU (JTPD) KEDAH DARUL AMAN BIL. 6/2020

BANDAR BAHARU-23 Disember 2020 (Rabu)
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bandar Baharu (JTPD) Kedah Darul Aman Bil. 6/2020.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat membincangkan berkaitan laporan projek pembangunan fizikal dan infrastruktur oleh jabatan-jabatan yang terlibat dalam Daerah Bandar Baharu.
Turut dibentangkan berkenaan Laporan Program & Aktiviti Keselamatan/Kesihatan/Alam Sekitar serta laporan Projek Ekonomi, Aktiviti Sosial dan Pendidikan.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato ADUN Bandar Baharu, ketua-ketua jabatan dan semua Penghulu Mukim atas segala kerjasama, komitmen tinggi dan semangat berpasukan yang diberikan sepanjang tahun 2020.
Turut hadir bersama ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) dan Ketua-ketua / wakil Jabatan Daerah Bandar Baharu dan semua Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang