LATAR BELAKANG DAERAH KUBANG PASU

LATAR BELAKANG DAERAH KUBANG PASU

LATAR BELAKANG DAERAH KUBANG PASU

KUBANG PASU adalah salah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara negeri Kedah. Keunikan daerah ini adalah kerana ia merupakan kawasan sempadan antarabangsa (Malaysia-Thailand) dan sempadan negeri (Arau, Perlis).

Daripada segi sejarahnya, Kubang Pasu telah diserah untuk diperintah oleh Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya membebaskan Kedah daripada penjajahan Siam. Tunku Anum telah diberikan kuasa untuk memerintah Negeri Kubang Pasu dan baginda seterusnya menamakannya dengan ‘Kubang Pasu Darul Qiyam’ yang bermaksud Negeri yang berdiri tegak atau tersendiri dengan pusat pentadbiran pada ketika itu terletak di Pulau Pisang.

Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Thailand serta faktor sejarah, ramai di kalangan penduduk di daerah ini fasih berbahasa Siam. Sekarang, daerah ini pesat membangun dan diberi jolokan ‘Daerah Pendidikan’.

Pekan di daerah ini ialah Changlun di utara, Jitra di selatan, Kodiang, Tunjang, Kepala Batas, Padang Sera dan Bandar Darulaman.