PROGRAM AMANAT YAB DATO’ SERI MENTERI BESAR KEDAH

PROGRAM AMANAT YAB DATO’ SERI MENTERI BESAR KEDAH

Ahad, 18.02.2024-Program Amanat YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Kedah. Pada program amanat kali ini YAB Menteri Besar Kedah telah menyempurnakan Gimik Pelancaran dan Penyampaian “Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata (Kedah Darul Aman) 2023 dan Resolusi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Tahun 2024” dengan mendukung satu misi mampan kepada Pentadbiran Tanah di Negeri Kedah Darul Aman iaitu “Meminimumkan Ketirisan, Mengoptimumkan Kutipan Hasil” kepada Pegawai-Pegawai Daerah merangkap Pentadbir-Pentadbir Tanah bagi setiap daerah di Negeri Kedah Darul Aman.
Pejabat Tanah Kubang Pasu juga telah berjaya merangkul dan menerima Anugerah Kutipan Hasil Keseluruhan Tertinggi Tempat Ke-3 Bagi Tahun 2023 yang turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kedah kepada Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu merangkap Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu.