PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN OPERASI BERSEPADU MEMBASMI WABAK DENGGI DI MUKIM SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.

PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN OPERASI BERSEPADU MEMBASMI WABAK DENGGI DI MUKIM SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.

04 SEPTEMBER 2023 ( ISNIN )
Program Gotong-Royong di kawasan Komuniti Serdang, Kedah yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan diteruskan dengan ucapan ringkas PPD ( Pengurusan Daerah ) Tuan Zulfadzrin Bin Noor dan taklimat agihan kawasan dan peserta oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu.
Tujuan gotong-royong ini dijalankan adalah untuk menerapkan semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran serta dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan agensi kerajaan dengan penduduk setempat, sekaligus membantu membasmi wabak denggi dengan mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang bersih dan sejahtera.
Selain itu, program ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat perlu memainkan peranan bersama-sama mengekalkan persekitaran yang sihat dan kondusif.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan atau agensi yang terlibat atas kesudian bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu bagi menjayakan program gotong-royong tersebut.
Turut serta bersama-sama ialah YB Tuan Roslan B. Hashim Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu.
Yang Berbahagia Dato Pegawai Daerah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang terlibat !