PROGRAM LANGKAWI INTERNATIONAL FOLDING BIKE 2.0 2023
26 Ogos 2023 :
Telah berlangsung Program Langkawi International Folding Bike 2.0 2023 yang di adakan di Park And Ride, Pantai Cenang Langkawi.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah.Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Isahak Bin Murat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Encik Amar Pared Bin Mahamud, ADUN Kuah, Yang Berbahagia Encik Mohd Nizam Bin Hj Ismail, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kedah, Yang Berbahagia Encik Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) mewakili Yang Berbahagia Pegawai Daerah Langkawi, Yang Dihormati ACP Shariman Bin Ashari, Ketua Polis Daerah Langkawi, dan Yang Berusaha Encik Zainudin Bin Kadir, Penganjur Langkawi International Folding Bike 2.0 Tahun 2023.