PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KUARTERS KERAJAAN PEJABAT DAERAH KUBANG PASU

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KUARTERS KERAJAAN PEJABAT DAERAH KUBANG PASU

KUBANG PASU 23 Januari – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Program Gotong-royong Membersih Kuarters Kerajaan Pejabat Daerah Kubang Pasu pada 23 Januari 2020 (Khamis). Program disertai oleh hampir 50 orang kakitangan PDKP dan diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Muhammad Hamdi Abdullah Zawawi.