PROGRAM “JOM KE SEKOLAH” PERINGKAT DAERAH PENDANG 2019

PROGRAM “JOM KE SEKOLAH” PERINGKAT DAERAH PENDANG 2019

PENDANG, 16 DISEMBER 2019 – Pejabat Daerah dan Tanah Pendang telah mengadakan satu program “JOM KE SEKOLAH” Peringkat Daerah Pendang 2019 dengan kerjasama Majlis Daerah Pendang. Majlis ini diadakan di Dewan Cenderawasih, Majlis Daerah Pendang. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meringankan beban keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan dalam Daerah Pendang bagi menghadapi sesi persekolahan bagi tahun 2020. Majlis ini juga telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pendang, Tuan Syed Khairol anuar bin Syed Abidin, AMK.,BCK.,ASK.