PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG TAHUN 2020

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG TAHUN 2020

PENDANG – Pejabat Daerah dan Tanah Pendang telah mengadakan Program Kacau Bubur Asyura PDTP 2020 pada 3 September 2020 (Khamis) yang lalu bertempat di Ruang Parkir Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Program Kacau Bubur Asyura ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara pegawai dan kakitangan. Program ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Suraya Yaacob,  Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah. Bubur Asyura yang telah siap dimasak kemudiannya diagihkan kepada semua warga PDTP sebagai satu langkah mengeratkan jalinan mesra sesama kakitangan agar semuanya dapat merasai hasilnya.