LAWATAN KERJA YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN, MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE DAERAH PENDANG

LAWATAN KERJA YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN, MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE DAERAH PENDANG

PENDANG – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida binti Kamaruddin telah mengadakan  sesi Lawatan Kerja Rasmi ke Daerah Pendang pada 5 September 2020 baru-baru ini. Beberapa cadangan dibentangkan dalam lawatan ini adalah cadangan yang berpotensi besar di dalam meningkatkan aktiviti pelancongan dan ekonomi di Daerah Pendang dan negeri Kedah kelak. Selain Daerah Pendang beliau juga mengadakan lawatan kerja ke beberapa daerah lain iaitu Kuala Muda dan Sik.