PROGRAM SINGGAH MESRA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU @ KOMUNITI DI MUKIM SUNGAI BATU

PROGRAM SINGGAH MESRA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU @ KOMUNITI DI MUKIM SUNGAI BATU

BANDAR BAHARU-3 DISEMBER 2020 (KHAMIS)
Program Singgah Mesra Pegawai Daerah Bandar Baharu @Komuniti bertempat di Mukim Sungai Batu.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu berkesempatan meluangkan masa ke Madrasah Raudhatul Ulum/ Pusat Tahfiz Raudhatul Ulum, Mukim Sungai Batu bagi meninjau kawasan berkenaan dan menanam pokok sebagai tanda kenangan.
Seterusnya, beliau menunaikan Solat Maghrib dan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Rohaizat bin Jaafar bertempat di Masjid Al Khairiah, Mukim Sungai Batu.
Beliau juga turut berkesempatan beramah mesra bersama ahli-ahli kariah masjid yang hadir selepas selesai solat Isyak berjemaah.
Turut serta bersama-sama ialah Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penghulu Mukim Sungai Batu dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat MDBB.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang