BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035

BANDAR BAHARU-8 DISEMBER 2020 (SELASA)
Bengkel Pelan Pembangunan Daerah Bandar Baharu, Kedah 2035.
Bengkel yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 7 Disember 2020 dan berakhir 8 Disember 2020 diadakan di Serdang Lake View Resort, Serdang Kedah.
Bengkel ini melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis MDBB, Penghulu-Penghulu Mukim, Kakitangan PDTBB dan MDBB serta wakil-wakil dari Jabatan-jabatan Daerah Bandar Baharu.
Majlis penutupan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu. Turut hadir semasa majlis penutupan ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu.
Peserta bengkel bersua bagi mencurahkan idea dan cadangan dalam membentuk Pelan Pembangunan Daerah Bandar Baharu 2035.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dalam ucapan penutupnya menerangkan Pelan Pembangunan Bandar Baharu 2035 mempunyai hala tuju, strategi, dan tindakan terperinci untuk pembangunan, pertumbuhan ekonomi & sosial di daerah ini. Pelan yang akan disediakan ini bertujuan memudahkan pihak Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu dan agensi-agensi pelaksana yang terlibat menjadikan dokumen ini sebagai rujukan untuk tujuan pelaksanaan projek pembangunan.
Beliau turut menerangkan bahawa Rangka Kerja Pelan Pembangunan Daerah Bandar Baharu meliputi 3 Tema iaitu Tema Ekonomi, Tema Rakyat & Tema Alam. Tema-tema ini meliputi 6 Teras iaitu pembangunan sosio ekonomi yang berdaya saing dan seimbang, kecemerlangan infra & utiliti, pembangunan sosio yang sejahtera, keseimbangan modal insan & bakat, kompetensi tadbir urus serta kemampanan alam sekitar. Seterusnya pelan ini merangkumi strategi, inisiatif & peringkat pelaksanaan serta pemantauan.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu mengucapkan tahniah kepada urusetia bengkel atas usaha dan dedikasi dalam memastikan kelancaran perjalanan bengkel serta setinggi penghargaan & syabas kepada jabatan-jabatan yang terlibat, Ahli Majlis MDBB, Penghulu-penghulu Mukim serta Ketua-ketua Bahagian MDBB yang turut menjayakan objektif bengkel ini.
Kesemua peserta menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang