TAKLIMAT PRA PENDAFTARAN PENERIMA VAKSIN KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH BANDAR BAHARU

TAKLIMAT PRA PENDAFTARAN PENERIMA VAKSIN KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU – 8 Mac 2021 (Isnin)

Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah.
Para pengetua dan guru besar dari 23 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah dari Daerah Bandar Baharu mendengar taklimat berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Daerah Bandar Baharu yang disampaikan oleh Dr Rozaimah Binti Abu Talib, Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan disusuli sesi soal jawab.
Taklimat khas ini diberikan sebagai persediaan kepada guru-guru yang merupakan golongan sasaran yang bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 Fasa Kedua Daerah Bandar Baharu yang dijangka bermula pada bulan April kelak.
Majlis taklimat ini diakhiri dengan sesi bergambar para pengetua, guru besar dan wakil dari semua sekolah bersama Tuan Pegawai Daerah dan Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama ialah Encik Amirul Yadi bin Saidin, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kulim / Bandar Baharu, Puan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Bandar Baharu, Puan Rabiaton Adawiah bt Othman dan Setiausaha Majlis Guru Besar Daerah Bandar Baharu, Encik Ramli bin Mohamad Saad, serta Encik Muhammad Alif bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDTBB / Setiausaha MDBB.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang