Majlis Penyerahan Inden Kerja bagi Daerah Bandar Baharu

Majlis Penyerahan Inden Kerja bagi Daerah Bandar Baharu

BANDAR BAHARU – 07 Mac 2021 (Ahad)

Hari ini telah berlangsung penyerahan Inden kepada kontraktor-kontraktor yang telah berjaya pada Majlis Cabutan Kerja Undi Secara Online Fasa 1 Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung pada 1 Mac 2021 yang lalu.
Penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang Kedah kepada15 kontraktor yang berjaya mendapat projek di bawah seliaan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. Keseluruhan projek di bawah seliaan PDTBB adalah sebanyak RM1,500,000.00.
Seterusnya, sebanyak 11 inden disampaikan oleh Jurutera Daerah JKR Kulim / Bandar Baharu Ir. Muhammad Safwan bin Puteh @ Shaari kepada 11 kontraktor yang berjaya memperoleh projek di bawah seliaan JKR Kulim / Bandar Baharu dengan jumlah keseluruhan projek sebanyak RM1,152,500.00.
Bagi projek di bawah seliaan JPS Kulim /Bandar Baharu, penyerahan inden disempurnakan oleh Jurutera Daerah JPS Kulim /Bandar Baharu, Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli kepada 7 kontraktor dengan jumlah keseluruhan projek sebanyak RM494, 268.20.
Keseluruhan 33 kontraktor ditawarkan kerja bagi Daerah Bandar Baharu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,146,768.20.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Jurutera Pejabat Daerah Bandar Baharu dan Penolong Jurutera JKR dan JPS Daerah Kulim / Bandar Baharu.
Tahniah diucapkan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang