Taklimat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Bandar Baharu

Taklimat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Bandar Baharu

BANDAR BAHARU – 25 Februari 2021 (Khamis)

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.
Majlis dihadiri oleh para Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Kampung-kampung Baru serta Kelab-kelab Rukun Tetangga (KRT) di Daerah Bandar Baharu.
Program dimulakan dengan Taklimat Penubuhan Agensi Basmi Covid-19 (ABC-19) yang disampaikan oleh wakil Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bandar Baharu.
Seterusnya, disampaikan Taklimat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Daerah Bandar Baharu oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu.
Ini merupakan taklimat keempat yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu selepas taklimat kepada Imam-imam Masjid pada (23 Februari 2021), Ketua-ketua Jabatan Daerah (24 Februari 2021) serta Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu (24 Februari 2021).
Turut hadir bersama di dalam program taklimat ini ialah wakil YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ahli Majlis MDBB, Puan Nazira bt Abdul Rahim (wakil Ketua UMNO Bahagian Kulim / Bandar Baharu), Ahli Majlis MDBB, Puan Fuziah bt Taib (wakil YDP PAS Kawasan Kulim / Bandar Baharu), Ketua Bersatu Bahagian Kulim / Bandar Baharu, Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu & Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang