PROGRAM PLOGGING@COMMUNITY PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2023

PROGRAM PLOGGING@COMMUNITY PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2023

19 Oktober 2023
Gunung Kerengga, Mukim Pedu
Telah berlangsung Program Plogging@Community Peringkat Daerah Padang Terap hari ini bertempat di Gunung Kerengga, Mukim Pedu. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Padang Terap dengan kerjasama PEMADAM Daerah Padang Terap dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Padang Terap ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Azmin bin Zainol Abidin diiringi oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Mohd Farizan Bin Mat Arshad.
PLOGGING adalah sebuah terma yang mula digunakan oleh Erik Ahlstrom yang menggabungkan perkataan Sweden iaitu ‘Plocka upp’ yang bermaksud mengutip (to pick up) dan perkataan Inggeris iaitu ‘Jogging’ yang bermaksud berlari perlahan. Oleh itu, program ini merupakan sebuah inisiatif menyihatkan tubuh badan sambil membersihkan alam.
Antara aktiviti lain dijalankan adalah, taklimat oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Padang Terap, demostransi menyelamatkan diri dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Padang Terap, serta cabutan bertuah.
Turut hadir dalam program ini adalah pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, pegawai dan kakitangan dari Jabatan dan Agensi Daerah Padang Terap, serta pelajar sekolah.
advanced-floating-content-close-btn