MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN DAERAH BANDAR BAHARU BIL.6/2020

MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN DAERAH BANDAR BAHARU BIL.6/2020

BANDAR BAHARU-10 DISEMBER 2020 (KHAMIS)
Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group dan Pembasmian Kemiskinan Daerah Bandar Baharu Bil. 6/2020.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ketua-ketua/ wakil Jabatan dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
Ahli-ahli mesyuarat diberikan Taklimat oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kedah berkenaan Program Pemerkasaan Wanita termasuk jenis – jenis program dan bantuan yang disediakan oleh (JPW).
Selain itu, turut dibentangkan laporan permohonan eKasih dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Penghulu-penghulu Mukim serta pembentangan laporan program – program jabatan / agensi dan status pelaksanaan projek – projek pembinaan dan pembaikian rumah kepada para penerima bantuan dalam Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang