MESYUARAT PENYELARASAN PANEL PENILAIAN ANGGOTA (JPPA) BAGI LANTIKAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) DAERAH BANDAR BAHARU BIL 3/2020

MESYUARAT PENYELARASAN PANEL PENILAIAN ANGGOTA (JPPA) BAGI LANTIKAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) DAERAH BANDAR BAHARU BIL 3/2020

BANDAR BAHARU-10 DISEMBER 2020 (KHAMIS)
Mesyuarat Penyelarasan Panel Penilaian Anggota (JPPA) Bagi Lantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Bandar Baharu Bil.3 / 2020.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat diadakan bertujuan untuk memperakukan nama Pengerusi JPKK Kg KEDA Sg Tengas, Selama yang baru untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi menggantikan Pengerusi JPKK Kg KEDA Sg Tengas sebelum ini (Allahyarham Mohd Yusri Bin Hashim) yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
Selain itu, Mesyuarat turut dimaklumkan berhubung cadangan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi JPKK Daerah Bandar Baharu yang dijangka diadakan pada minggu keempat bulan Disember ini.
Mesyuarat turut dihadiri YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Pegawai KEMAS Daerah Bandar Baharu (urus setia), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penghulu-penghulu Mukim serta wakil parti-parti politik berkaitan.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang