PERJUMPAAN IMAM DAN SETIAUSAHA MASJID/KARIAH DAERAH BANDAR BAHARU BERSAMA-SAMA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU BIL.3/2020

PERJUMPAAN IMAM DAN SETIAUSAHA MASJID/KARIAH DAERAH BANDAR BAHARU BERSAMA-SAMA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU BIL.3/2020

BANDAR BAHARU-22 Disember 2020 (Selasa)
Perjumpaan Imam dan Setiausaha Masjid /Kariah Daerah Bandar Baharu bersama-sama Pegawai Daerah Bandar Baharu Bil. 3/2020.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Antara perkara – perkara yang dibincangkan termasuklah permohonan cadangan menaik taraf masjid-masjid dan surau di Daerah Bandar Baharu, pematuhan SOP dan Covid-19 serta lain-lain isu-isu setempat berkaitan.
Selain itu, turut dibincangkan berkenaan Bajet 2021 (Masjid dan Surau) di Negeri Kedah serta isu-isu berkaitan Masjid dan surau di Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat turut diberi taklimat dan penerangan oleh wakil Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir ialah wakil YB Dato’ ADUN Bandar Baharu , Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan urusetia Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang