PROGRAM SEMBANG SANTAI BERSAMA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU DAN MAJLIS MERAIKAN PENERIMA ANUGERAH KHAS MENTERI BESAR KEDAH

PROGRAM SEMBANG SANTAI BERSAMA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU DAN MAJLIS MERAIKAN PENERIMA ANUGERAH KHAS MENTERI BESAR KEDAH

BANDAR BAHARU-21 Disember 2020 (Isnin)
Program Sembang Santai bersama Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Majlis Meraikan Penerima Anugerah Khas Menteri Besar Kedah – Tokoh Belia Negeri Kedah 2020.
Majlis dimulai dengan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Foyer Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Encik Amir Syarifuddin bin Abdul Majid yang telah menerima Anugerah Khas Menteri Besar Kedah bagi Kategori Tokoh Belia Lelaki Negeri Kedah 2020 dan menyampaikan sumbangan khas kepada beliau sebagai penghargaan atas pengiktirafan tersebut.
Majlis disusuli dengan sesi ramah mesra Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan jamuan santai bersama para tetamu yang hadir.
Turut bersama-sama dalam majlis berkenaan ialah YBhg. Datuk Hj. Muhar Bin Hussain (Ketua UMNO bahagian Kulim / Bandar Baharu, Encik Mohd Fadzil bin Amir Hamzah (Pengerusi Majlis Belia Daerah Bandar Baharu), Ahli-ahli Majlis MDBB, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Bahagian MDBB.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang