MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN SEMPENA PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) HASIL PRIHATIN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) CAWANGAN SUNGAI PETANI DENGAN KERJASAMA PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

Bandar Baharur, 14 September 2021 – Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., telah meluangkan masa menghadiri dan menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan Sempena Program CSR LHDNM Cawangan Sungai Petani ini yang diadakan secara ringkas dengan pematuhan SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sebanyak 54 kotak barang keperluan dan 54 kampit beras 10 kg telah diagihkan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu kepada 54 orang penerima yang telah dikenalpasti dari setiap enam mukim di Daerah Bandar Baharu (9 orang dari setiap mukim) yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Turut serta dalam sesi ringkas dengan pematuhan SOP ini ialah Penghulu-penghulu Mukim dan wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bandar Baharu.
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak LHDN Malaysia di atas usaha dan inisiatif dalam pemberian bantuan kepada golongan yang memerlukan ekoran dari pandemik Covid-19 yang melanda Negara.
Semoga program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan khususnya di Daerah Bandar Baharu di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu (PDTBB).
advanced-floating-content-close-btn