MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP KESEJAHTERAAN RAKYAT DAERAH KULIM (FGD) BILANGAN 3 TAHUN 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 21 Jun 2026 – Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Kesejahteraan Rakyat, Daerah Kulim (FGD), Bilangan 3, Tahun 2026, yang diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah, wakil YB Ahli Parlimen Padang Serai, wakil YB Ahli Parlimen Kulim / Bandar Baharu, wakil YB ADUN Merbau Pulas, wakil YB ADUN Kulim, wakil YB ADUN Lunas, para Ketua Jabatan di peringkat, MPKK, PBT Hi Tech Kulim, KPDN, ICU JPM, JKM, PKD, Zakat dan Agensi – Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Peringkat Daerah Kulim yang lain.Mesyuarat FGD ini, diadakan setiap 2 bulan sekali dan FGD ini memainkan peranan penting dalam pentadbiran peringkat daerah, terutamanya dalam aspek Kesejahteraan rakyat dan pembangunan yang memberi fokus utama dalam pembasmian kemiskinan, penyelarasan bantuan dan pemulihan ekonomi.Jawatankuasa FGD ini sebagai platform penting bagi menyokong agenda Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan daerah yang mampan.






Views Today : 1184
Total views : 4559104



