ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH

KUALA MUDA, 28 Jun 2026 (Ahad) – Pegawai Daerah Kuala Muda telah mengadakan Program Ziarah Kasih dengan mengunjungi tiga buah rumah di kawasan Bukit Selambau sebagai tanda keprihatinan dan komitmen pihak pentadbiran daerah terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Program ini bertujuan untuk mendekati penduduk, meninjau keadaan semasa keluarga yang diziarahi serta mendengar sendiri permasalahan dan keperluan yang dihadapi bagi membolehkan tindakan serta bantuan yang bersesuaian disalurkan melalui agensi berkaitan.

Selain mengeratkan hubungan antara pihak pentadbiran daerah dan masyarakat, program seumpama ini turut mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian, khususnya golongan yang memerlukan.
Semoga lawatan dan sumbangan yang disampaikan dapat memberikan sedikit kelegaan serta menyuntik semangat kepada keluarga yang terlibat.
advanced-floating-content-close-btn