Taklimat dan Perbincangan Mengenai Kajian Pembangunan Special Agro Economic Zone (SAEZ)

Taklimat dan Perbincangan Mengenai Kajian Pembangunan Special Agro Economic Zone (SAEZ)

10 November 2020 (Selasa)
Taklimat dan Perbincangan Mengenai Kajian Pembangunan Special Agro Economic Zone (SAEZ).
Taklimat bertujuan mencadangkan hala tuju sektor agro perniagaan (agrobusiness) dan mengenal pasti kawasan khusus yang berpotensi untuk SAEZ.
Daerah Bandar Baharu merupakan salah satu kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan kawasan SAEZ Transkrian.
Taklimat berkenaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Makro), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah dan disertai oleh NCIA serta jabatan-jabatan teknikal berkaitan.
Taklimat yang diadakan secara dalam talian (online) tersebut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Turut serta bersama-sama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) , Ketua Bahagian Perancangan & Pembangunan MDBB dan Pegawai Pertanian Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang