Category: Uncategorized

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

SUMBANGAN SEBANYAK RM200 PKPD DI PENJARA POKOK SENA

POKOK SENA 20 OKT 2020 – Pejabat Menteri Besar Kedah hari ini menyediakan peruntukan berupa wang tunai sebanyak RM200 untuk disalurkan kepada 485 keluarga kakitangan Penjara Pokok Sena  yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena. Sumbangan akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

MAJLIS SEKALUNG BUDI SETULUS INGATAN PDTK

KULIM, 14 OKTOBER – Pejabat Daerah dan Tanah Kulim telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Setulus Ingatan bersempena persaraan wajib kakitangan jabatan. Majlis berkenaan telah di serikan lagi oleh kehadiran Pegawai Daerah Kulim selaku Ketua Jabatan.  

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT PDTKP

KUBANG PASU 08 Oktober – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin ,Doa Selamat dan Tahlil pada 23 Januari 2020 (Khamis) bertempat di Bilik Gerakan PTKP.

PROGRAM GOTONG-ROYONG PEJABAT TANAH PADANG TERAP

PADANG TERAP 8 SEMPTEMBER 2020 – Pejabat Tanah Padang Terap telah mengadakan program membersihkan kawasan perkarangan tempat parkir.  

Majlis Sumbangan Pelitup Muka (Facemask)

Sungai Petani 04 Oktober – Majlis Sumbangan Pelitup Muka (Facemask) oleh Respack Manufacturing Sdn. Bhd. Untuk kegunaan PKOB di Daerah Kuala Muda.  

LAWATAN YAB MENTERI BESAR KEDAH KE MAAHAD TAHFIZ AL QURAN LORONG ALIF

KUBANG PASU – Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) mengiringi YAB Menter Besar Kedah melawat Maahad Tahfiz di Lorong Alif Jitra yang mengalami kebakaran pada 20 September 2020(Ahad).Alhamdulillah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan YAB Menter Besar Kedah berbesar hati menyampaikan sumbangan awal berupa wang dan peralatan kepada pihak madrasah. Maahad ini dibuka lebih dari 30tahun,…
Read more

PENYERAHAN FOOD PACK BANTUAN BANJIR DI DAERAH PENDANG

PENDANG 22 SEPTEMBER – Penyerahan Food Pack dari Pejabat Daerah dan Tanah Pendang kepada 10 buah rumah yang terjejas di Mukim Bukit Raya. Bantuan ini di sampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah, Encik Mohd Zhafri bin Dato’ Haji Mohd Zohdi.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BENCANA BANJIR DAERAH PENDANG

PENDANG 22 SEPTEMBER – Penyampaian Sumbangan Bencana Banjir Daerah Pendang daripada EXCO Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah YB Dato’ Dr. Mohd Hayati bin Othman Adun Tokai bertempat di Bilik Seminar Cemara,Majlis Daerah Pendang. Terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat seperti APM Pendang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pendang, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Persatuan Bulan Sabit…
Read more

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DUSUN DALAM SEKOLAH (DDS)

PENDANG, 22 September 2020 – Tuan Pegawai Daerah Pendang, Tuan Ilias bin Shuib, telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Dusun Dalam Sekolah (DDS) dan School In Eco-Green bertempat di Tapak Pertanian SMK Ayer Puteh Dalam. Program ini dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah iaitu Yang Berhormat Encik Azman Bin Nasrudin.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH BANTUAN ZAKAT

PENDANG 14 SEPTEMBER  – 2 buah keluarga di Mukim Ayer Puteh hari ini telah menerima kunci rumah baharu yang dibina menerusi Pejabat Zakat Daerah Pendang. Tuan Pegawai Daerah Pendang, Tuan Ilias Bin Shuib telah menyerahkan kunci rumah tersebut kepada Encik Azmi bin Jaafar dari Kg. Tempoyak dan Encik Mutalib bin Yaacob dari Kg. Kubang Kuar.…
Read more

advanced-floating-content-close-btn