Category: Uncategorized

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu

BANDAR BAHARU 12 JULAI 2020 – Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah Darul Aman. Program tersebut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis MDBB, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu.  

MESYUARAT MINGGUAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG

PENDANG 8 Julai 2020 – Mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Kedah hari ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor. Hadir bersama Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan Pegawai Daerah Pendang, Tuan Ilias bin Shuib.

KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH 29-30 JUN 2020 (TESCO JITRA)

KUBANG PASU 30 JUN – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 29 dan 30 Jun 2020 (Isnin dan Selasa ) bermula pada jam 9.00 pagi – 2.00 petang bertempat di Tapak Letak Kenderaan TESCO, Jitra. Pembukaan kaunter pada kali ini telah mendapat sambutan orang ramai.

Banci Penduduk

Banci Penduduk? Jabatan Perangkaan Malaysia akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dalam dua fasa bermula 7 Julai 2020 hingga 30 September 2020 dan 7 Oktober 2020 hingga 24 Oktober 2020. Fasa pertama yang bermula 7 Julai 2020, kaedah pengumpulan data akan dijalankan secara dalam talian manakala fasa kedua bermula 7 Oktober 2020, data…
Read more

PROGRAM JABATAN-JABATAN BERSAMA KOMUNITI PERANGI WABAK DENGGI PERINGKAT DAERAH PENDANG

PENDANG 30 JUN 2020 – Satu program gotong royong pencegahan denggi telah diadakan di sekitar Kg Majapahit hari ini. Turut hadir membantu menjayakan program ini ialah Pejabat Kesihatan Pendang, Pejabat Majlis Daerah Pendang, Jabatan Amal Malaysia, RELA dan masyarakat Kampung Majapahit.

KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH 22-23 JUN 2020 (TESCO JITRA)

KUBANG PASU 23 JUN – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 22 dan 23 Jun 2020 ( Isnin dan Selasa ) bermula pada jam 9.00 pagi – 2.00 petang bertempat di Tapak Letak Kenderaan TESCO, Jitra. pembukaan kaunter pada kali ini telah mendapat sambutan orang ramai.

MESYUARAT JAWATANKUASA ‘FOKUS GROUP’

KUBANG PASU 18 JUN – Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Fisol bin Md Noh mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa ‘Focus Group’ peringkat daerah Kubang Pasu kali ke 2/2020 pada 18 Jun 2020. Jawatankuasa ini memfokuskan halatuju pembangunan ekonomi B40 dan menyelaras dan menilai semula ransangan ekonomi baru dan sedia ada. ADUN Bukit Kayu Hitam,YB Hajah Halimaton…
Read more

LAWATAN KE LADANG HAJI KAMAL

KUBANG PASU 16 JUN- Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) bersama-sama Penghulu Mukim Sanglang dan juga Pegawai Mada membuat lawatan ke Ladang Haji Kamal yang mengusahakan projek lembu baka dan lawatan kepada Pengusaha tanaman harumanis kedah pada 16 Jun 2020 bertempat di mukim Sanglang.  

KUNJUNGAN HORMAT YB TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG

PENDANG 22 Jun 2020 – YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Haji Awang bin Hashim telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Pendang dan mengadakan perbincangan ringkas bersama Tuan Pegawai Daerah, Tuan Ilias bin Shuib.

“DO KUBANG PASU TURUN PADANG”

KUBANG PASU 14 JUN-Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato’ Haji Fisol bin Md Noh melawat pejabat penghulu Mukim Kepelu iaitu Encik Helmey bin Mohd Saad. Meninjau keaadaan sekitar Pekan Kodiang, Mukim Kepelu dalam tempoh PKPP ini semada peniaga dan masyarakat setempat mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan pada 14 Jun 2020 (Ahad). Pegawai Daerah ingin memastikan…
Read more

advanced-floating-content-close-btn