FUNGSI

FUNGSI

FUNGSI PEJABAT DAERAH PENDANG

UNIT PENTADBIRAN

Menggerakkan secara aktif penglibatan wakil penduduk seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan penduduk, persatuan belia, institusi masjid, surau dan pondok untuk program penerangan mengenai dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Memasti dan menetapkan mekanisma kawalan yang sesuai supaya perbelanjaan wang awam yang diperuntukkan bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat mencapai impak dan objektif yang digariskan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Memperbaiki kelemahan dan kepincangan dalam urusan berkaitan kewangan terutama dalam kutipan hasil cukai, hasil bukan cukai, lain-lain terimaan dan mengenalpasti sumber-sumber hasil baru bagi kelangsungan perbendaharaan Kerajaan Negeri
Memastikan aspek-aspek membabitkan kesejahteraan hidup penduduk, pewujudan peluang-peluang perniagaan yang mampu disertai golongan peniaga / penjaja, pematuhan terhadap akta dan undang-undang kecil serta keceriaan bandar / daerah dapat dinikmati oleh semua penduduk tanpa diskriminasi dari segi politik, agama dan budaya
Menjadikan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dan difahami oleh penduduk dan sebaik-baiknya dijadikan cara hidup yang sesuai dengan perkembangan semasa.
Merancang dan melaksanakan program-program berkaitan keselamatan dan kesejahteraan penduduk khususnya di taman-taman perumahan, kampung-kampung tradisional dan sebagainya melalui pelaksanaan program Bandar Selamat dan ‘Local Agenda 21’ anjuran bersama antara jabatan / agensi di peringkat daerah
Menyediakan perkhidmatan konsultansi kepada pihak-pihak yang berminat membangunkan daerah Pendang dengan mengambilkira keperluan-keperluan teknikal dan mesra pelabur melalui pendekatan ‘business oriented’ dan kurang karenah birokrasi

UNIT PEMBANGUNAN

Memberikan perhatian yang lebih serius dalam aspek penyelenggaraan kemudahan asas dan kemudahan luar bandar sedia ada bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat
Menumpukan kepada perancangan pembangunan baru sebagai ‘catalyst’ atau pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan di daerah Pendang dan kawasan-kawasan sekitarnya
Memastikan landskap pembangunan di Pekan Pendang sentiasa diseimbangkan dengan pembangunan di peringkat pekan-pekan kecil tumpuan masyarakat setempat
Berterusan memperbaiki taraf hidup kelompok-kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan melalui penyaluran bantuan peningkatan kualiti taraf hidup dan lain-lain inisiatif anjuran kerajaan
Mengenalpasti, merancang dan menyenggara projek-projek kemudahan infrastruktur awam yang bersifat jangkamasa pendek, sederhana dan panjang bagi kawasan-kawasan utama berisiko banjir / banjir kilat sekaligus meminima dan menyelesaikan isu banjir atau bencana alam
Mengimbangi dan menjamin pembangunan secara relatif di kawasan Kampung Tradisional, Kampung Tersusun dan penempatan masyarakat Siam di seluruh daerah Pendang
Menyediakan senarai dan mengenalpasti kemudahan awam dan bangunan awam yang masih belum disediakan di daerah Pendang seperti mahkamah daerah, hospital daerah, institusi pendidikan tinggi, stesen pengangkutan awam daerah dan sebagainya
Menyenggara dan menaiktaraf secara berkala dan kolektif semua dewan orang ramai di bawah pengurusan Pejabat Daerah Pendang dan Majlis Daerah Pendang sebagai pusat petempatan sementara semasa banjir atau bencana alam dan kegiatan komuniti
Memastikan pencahayaan dan penyenggaraan lampu-lampu jalan berfungsi dengan baik samada di jalan-jalan protokol, jalan bandaran, jalan taman dan kampung di sekitar daerah Pendang terutama di kawasan pusat pentadbiran daerah, kawasan perniagaan, pelancongan dan tumpuan awam
Memastikan perancangan dan pembangunan hartanah di daerah ini mengikut perancangan Majlis Daerah Pendang berdasarkan Rancangan Tempatan yang disediaka
Mengenalpasti dan memperkenalkan prospek pembangunan di daerah Pendang di samping bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan untuk peluang-peluang projek pembangunan yang berlandaskan perancangan jabatan / agensi di bawah Rancangan Malaysia dan program pembangunan Kerajaan Negeri

FUNGSI PEJABAT TANAH PENDANG

Merancang, menyelaras dan urus tadbir pembangunan tanah secara optimum.
Meningkatkan kutipan hasil tanah sebagai pendapatan Kerajaan Negeri.
Melahirkan sumber manusia yang mahir supaya dapat memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah berdasarkan perungdangan bagi kesejahteraan rakyat.
Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan berlandaskan undang-undang Kanun Tanah Negara 1965 dan Aturan Tanah Kedah 1966 dengan lebih efisien dan efektif.
Berkhidmat dengan penuh komited serta memanfaatkan kompetensi berasaskan integriti dan etika kerja cemerlang.