Mesyuarat Penyelarasan Imunisasi Covid-19 Fasa ke 2 Daerah Bandar Baharu

Mesyuarat Penyelarasan Imunisasi Covid-19 Fasa ke 2 Daerah Bandar Baharu

BANDAR BAHARU – 2 Mac 2021 (Selasa)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Ahli-ahli mesyuarat membincangkan berkenaan persediaan awal bagi penerimaan vaksin fasa kedua. Turut dibincangkan berkaitan kaedah pemakluman kepada orang awam berkenaan vaksin Covid-19 terutamanya golongan yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.
Turut hadir bersama ialah Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua Pembantu Tadbir (Pembangunan) PDTBB.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang