MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) DAERAH BANDAR BAHARU

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) DAERAH BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU – 21 Disember 2020 (Isnin)
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Bandar Baharu.
Majlis Penyerahan dimulai dengan Taklimat Community Empowerment oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Bandar Baharu yang disampaikan oleh Puan Fauziah binti Fadzil Pegawai AADK Daerah Bandar Baharu.
Seterusnya, Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Watikah Pelantikan kepada 42 orang Pengerusi JPKK Daerah Bandar Baharu dan Sijil Pelantikan kepada 41 orang Setiausaha JPKK yang dilantik.
Turut hadir bersama ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Penolong Pengarah Makro dan Penswastaan BPEN (Encik Mubarak bin Mohd Basir), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ketua Bahagian Umno Kulim / Bandar Baharu, Naib YDP PAS Kulim /Bandar Baharu, Ketua Bahagian BERSATU Kulim / Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis MDBB dan Penghulu-penghulu Mukim.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang