Program Kaunter Bergerak Cukai Taksiran dan Cukai Tanah yang diadakan bagi daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman

Program Kaunter Bergerak Cukai Taksiran dan Cukai Tanah yang diadakan bagi daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman

BANDAR BAHARU – 6 MAC 2021 (SABTU)

Program Kaunter Bergerak Cukai Taksiran dan Cukai Tanah yang diadakan di Dewan Terbuka, Kampung Baru Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Sebanyak 99 jumlah hakmilik yang berjaya dikutip oleh Kaunter Bergerak Pejabat Tanah Bandar Baharu.
Program Kutipan Hasil Tanah hari ini buat julung kalinya turut menggunakan kemudahan tablet yang dibekalkan oleh Pejabat Kewangan Negeri Kedah pada 28 Februari 2021 lalu kepada semua Pentadbiran Tanah Daerah bagi mempromosikan penggunaan Portal iBayaq sebagai salah satu platform yang mesra pengguna, cepat dan mudah untuk membayar hasil cukai tanah. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil tanah di Daerah Bandar Baharu.
Tahniah juga diucapkan kepada petugas-petugas yang terlibat dan terima kasih diucapkan kepada semua pembayar cukai pada hari ini.
Program dihadiri oleh Ahli Majlis MDBB iaitu Encik Ossman Bin Hamid, Puan Mahazita Binti Md. Hussain, Encik Muhamad Khairul Azmi Bin Rosli dan Encik Mohamad Jamaludin Bin Mat Saad.
Pembantu Penguatkuasa MDBB juga turut membantu sepanjang program berlangsung.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang