Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman Bil. 1/2020.

Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman Bil. 1/2020.

BANDAR BAHARU-25 NOVEMBER 2020 (RABU)
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu pada jam 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Ketua-ketua Unit Pentadbiran Tanah, dan Penghulu-penghulu Mukim serta wakil-wakil dari Jabatan-jabatan Teknikal berkaitan.
Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju meluluskan 19 Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Pendudukan Sementara bagi Tanah Pertanian (tanah desa) yang tidak melebihi 10 ekar / 4.046 hektar yang melibatkan Mukim Serdang, Bagan Samak, Selama dan Sungai Batu.
Manakala 4 permohonan ditangguhkan untuk semakan semula dan penelitian selanjutnya.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page :https://www.facebook.com/pdtbbserdang