Majlis Perjumpaan Imam dan Setiausaha Masjid Kariah Daerah Bandar Baharu bersama Pegawai Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021.

Majlis Perjumpaan Imam dan Setiausaha Masjid Kariah Daerah Bandar Baharu bersama Pegawai Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021.

BANDAR BAHARU – 23 Februari 2021 (Selasa)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat membincangkan berkenaan beberapa isu termasuk permohonan baik pulih masjid, pengurusan jenazah sepanjang tempoh PKP/PKPB, sosial, kebajikan dan lain-lain permasalahan setempat.
Turut dibentangkan berkenaan Taklimat Program Imunisasi Covid-19 Daerah Bandar Baharu oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu serta pembentangan Taklimat Penubuhan Agensi Basmi Covid-19 (ABC-19) oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu.
Turut serta dalam Majlis Perjumpaan ini ialah Tuan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan Penghulu-penghulu Mukim.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang