Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bandar Baharu (JTPD) Kedah Darul Aman Bil. 1/2021

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bandar Baharu (JTPD) Kedah Darul Aman Bil. 1/2021

BANDAR BAHARU – 27 Januari 2021 (Rabu)

Mesyuarat diadakan secara dalam talian (online) selaras dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa mulai 22 Januari hingga 04 Februari 2021 dan dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat membincangkan berkaitan laporan status pelaksanaan projek pembangunan fizikal dan infrastruktur Tahun 2020 dan perancangan bagi tahun 2021 oleh jabatan-jabatan yang terlibat dalam Daerah Bandar Baharu.
Turut dibentangkan berkenaan Laporan Program & Aktiviti Keselamatan /Kesihatan / Alam Sekitar serta Laporan Projek Ekonomi, Aktiviti Sosial dan Pendidikan.
Turut serta dalam Mesyuarat secara maya ini ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ketua-ketua / wakil Jabatan / Agensi di Daerah Bandar Baharu dan semua Penghulu Mukim.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang