Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bandar Baharu (JTPD) Kedah Darul Aman Bil. 5/2020.

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bandar Baharu (JTPD) Kedah Darul Aman Bil. 5/2020.

BANDAR BAHARU-25 NOVEMBER 2020 (RABU)
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat membincangkan berkaitan laporan status terkini perlaksanaan projek pembangunan fizikal dan infrastruktur oleh jabatan-jabatan yang terlibat dalam Daerah Bandar Baharu. Antaranya termasuklah pembinaan jambatan di Taman Serdang, pembaikan Masjid Al-Fateh dan pembaikan Masjid Al-Irshad.
Turut dibentangkan berkenaan Laporan Program & Aktiviti Keselamatan / Kesihatan / Alam Sekitar serta laporan Projek Ekonomi, Aktiviti Sosial dan Pendidikan termasuk status terkini Covid-19 di Daerah Bandar Baharu serta operasi Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bandar Baharu.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan beberapa isu berbangkit antaranya isu perparitan / saliran, binaan struktur bangunan, kemudahan infrastruktur sukan dan keselamatan trafik.
Mesyuarat juga mengambil maklum Cadangan Penganjuran Bengkel Pembangunan Daerah Bandar Baharu 2035 yang dijangka diadakan pada bulan Disember 2020 ini.
Turut hadir bersama ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) dan Ketua-ketua/wakil Jabatan Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page :https://www.facebook.com/pdtbbserdang