Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Khas Isu Covid-19 Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Khas Isu Covid-19 Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021.

BANDAR BAHARU – 21 Januari 2021 (Khamis)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Ahli-ahli Mesyuarat dibentangkan berkenaan maklumat terkini SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Encik Mior Ahmad Shah bin Mior Shahidin wakil Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah.
Turut disampaikan Laporan Tindakan Penguatkuasaan dan Pemantauan oleh wakil Tuan Ketua Polis Daerah IPD Bandar Baharu dan Laporan Terkini Situasi Covid-19 oleh Puan Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu.
Selain itu, ahli-ahli mesyuarat turut membincangkan berkenaan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Bandar Baharu yang akan mula dibuka sepanjang tempoh PKP bermula 22 Januari 2021 sehingga 04 Februari 2021 yang dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Bandar Baharu selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu.
Ahli-ahli Mesyuarat turut mengambil maklum berhubung Laporan Persediaan Pengagihan Bantuan (Bakul Makanan) oleh Pegawai JKM Daerah Bandar Baharu.
Selain itu, Tuan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu turut memaklumkan ahli-ahli Mesyuarat berhubung Arahan Pelaksanaan Aktiviti Keagamaan Di Masjid dan Surau Negeri Kedah Darul Aman Dalam Tempoh PKP bertarikh 20 Januari 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ustaz Haji Rohaizat bin Jaafar (Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu), Encik Mior Ahmad Shah bin Mior Shahidin (wakil Pengarah MKN Negeri Kedah) , Ketua-ketua / wakil Jabatan berkaitan serta Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
Talian Hotline PKOB Bandar Baharu: 04-7029177 (8.00 pagi- 5.00 petang)
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang