Penyerahan Elaun Kehadiran dan Elaun Pengendalian Mesyuarat JPKK Daerah Bandar Baharu.

Penyerahan Elaun Kehadiran dan Elaun Pengendalian Mesyuarat JPKK Daerah Bandar Baharu.

BANDAR BAHARU – 21 Januari 2021 (Khamis)

Sesi penyerahan melibatkan 4 lokasi dan hari yang berbeza mengikut mukim sebagai mematuhi SOP PPKB ditetapkan oleh MKN dan KKM.
Sesi penyerahan pertama dimulakan dengan JPKK Mukim Serdang pada 18 Januari 2021 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu melibatkan sebanyak 8 JPKK.
Seterusnya sesi kedua penyerahan bagi 14 JPKK Mukim Bagan Samak telah diadakan pada 19 Januari 2021 di Kompleks Penghulu Mukim Bagan Samak.
Sesi penyerahan ketiga diteruskan untuk Mukim Sg Kechil Ilir melibatkan 3 JPKK dan Relau juga melibatkan 3 JPKK telah diadakan pada 20 Januari 2021 bertempat di Pejabat Penghulu Sg Kechil Ilir.
Sesi penyerahan terakhir yang keempat melibatkan 3 JPKK di Mukim Selama dan 8 JPKK di Mukim Sg Batu pada 21 Januari 2021 bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Selama.
Terima kasih diucapkan kepada semua Penghulu Mukim dan Kakitangan Unit Pembangunan PDTBB yang berjaya menguruskan semua sesi penyerahan elaun-elaun tersebut untuk JPKK di Daerah Bandar Baharu.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang