MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH BIL.2/2020 PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU
BANDAR BAHARU-24 Disember 2020 (Khamis)
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Bil. 2/2020 Peringkat Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Antara agenda yang telah dibincangkan adalah laporan perlaksanaan tindakan membanteras dadah yang telah dilaksanakan di peringkat daerah Bandar Baharu yang meliputi skop Rawatan & Pemulihan kepada OKP, aktiviti pencegahan di dalam komuniti dan aktiviti penguatkuasaan sepanjang tahun 2020.
Pelbagai cadangan turut dikemukakan dan dibincangkan bagi mengisi perancangan program dan aktiviti bagi tahun 2021
Turut hadir dalam mesyuarat ialah Puan Zuriati bt Zainudin (Pegawai Antidadah, Cawangan Pencegahan, AADK Negeri Kedah),
Pegawai AADK Daerah Bandar Baharu, Ketua-ketua/wakil Jabatan dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
Portal : https://webpdt.kedah.gov.my
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pdtbbserdang