Perkhidmatan Pentadbiran Tanah

Perkhidmatan Pentadbiran Tanah

WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER

KAUNTER BAYARAN HASIL CUKAI TANAH
  • Semakan / Pembayaran Bil Cukai Tanah
Hari  Masa
 Ahad – Rabu  8.15 pg – 12.30 tgh  2.00 ptg – 3.30 ptg
 Khamis  8.15 pg – 1.00 tgh  –
* Rehat pada jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
KAUNTER PENDAFTARAN URUSNIAGA
  • Pendaftaran Hakmilik
  • Gadaian
  • Carian Rasmi, persendirian, dll
Waktu di bawah adalah yang melibatkan bayaran.
Hari  Masa Masa
 Ahad – Rabu  8.00 pg – 1.00 tgh  2.00 ptg – 3.30 ptg
 Khamis  8.00 pg – 12.45 tgh 2.00 ptg – 2.30 ptg
* Rehat pada jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
* Sekiranya melibatkan PERTANYAAN waktu operasi (Ahad-Rabu) sehingga jam 5.00 ptg dan (Khamis) sehingga jam 3.30 petang.

(Waktu Operasi di Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu Sahaja)

Hari  Masa Masa
 Ahad – Rabu  8.30 pg – 12.45 tgh  2.15 ptg – 3.30 ptg
 Khamis  8.30 pg – 12.45 tgh  –
* Rehat pada jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
* Sekiranya melibatkan PERTANYAAN waktu operasi (Ahad-Rabu) sehingga jam 5.00 ptg dan (Khamis) sehingga jam 3.30 petang.
KAUNTER AWAM
  • Pelupusan Tanah
  • Bahan Batu
  • Lelong
  • Pesaka
  • Ubah Syarat
Hari  Masa Masa
 Ahad – Rabu  8.00 pg – 1.00 tgh  2.00 ptg – 5.00 ptg
 Khamis  8.00 pg – 12.45 tgh 2.00 ptg – 3.30 ptg
* Rehat pada jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
* Sekiranya melibatkan BAYARAN waktu operasi (Ahad-Rabu) sehingga jam 3.30 ptg dan (Khamis) sehingga jam 2.30 petang.

 

PENERANGAN RINGKAS

Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilik (Geran). Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa. Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat mengikut kadar yang telah ditetapkan.

CARA BAYARAN DAN KAEDAH BAYARAN

Bayaran cukai tanah boleh dijelaskan melalui kaedah berkenaan:-

  • Kaunter hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah
  • Kaunter hasil mana-mana Pejabat Tanah Daerah (12 Daerah)
  • Kaunter cukai tanah di UTC Kedah dan UTC Sungai Petani
  • Pembayaran secara online di https://ibayaq.kedah.gov.my/
  • Bayaran melalui pos (cek,wang pos, postal order, money order) hendaklah dibuat atas nama “PENTADBIR TANAH DAERAH………” (mengikut daerah-daerah yang berkenaan) atau “PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH”.

 

BIL CUKAI TANAH

Penghantaran Bil cukai tanah kepada pemilik tanah adalah untuk memberi kemudahan dan peringatan sahaja. Walau bagaimanapun pemilik tanah yang tidak menerima bil cukai tanah boleh mendapatkannya di Bahagian Hasil Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan butir-butir berikut:-

  • Resit lama hakmilik
  • Nombor Hakmilik, Jenis hakmilik (cth: HSD, GRN), Mukim/Bandar/Pekan
  • Kad Pengenalan Pemilik (MyKad)

Nama dan alamat di atas Bil adalah untuk tujuan urusan surat menyurat sahaja. Nama-nama Tuan Punya Tanah berdaftar masih dirujuk pada surat Hakmilik.

SEMASA PEMBAYARAN

Sila tunjukkan Resit Pembayaran tahun lepas atau Surat Hakmilik/Geran sahaja untuk semakan. Resit Pembayaran Cukai ini perlu ditunjukkan untuk sebarang urusniaga berkaitan dengan hakmilik tersebut.

SELEPAS PEMBAYARAN

Perlu menyemak beberapa perkara berikut :

  • Pastikan ada cetakan berkomputer di atas resit.
  • Pastikan amaun yang dibayar sama dengan amaun yang tercatat di atas resit bayaran
    Catatan berkomputer di atas resit sama dengan maklumat di atas bil cukai tanah.

PEMBAYARAN TUNGGAKAN CUKAI TANAH

Pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran. Bayaran ansuran hanya akan diberikan kepada pembayar cukai yang dirasakan perlu oleh Pentadbir Tanah berdasarkan alasan yang munasabah.

Bayaran ansuran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tahun semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Tanah. Kegagalan mematuhi jadual bayaran yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan perampasan diambil tanpa apa-apa notis.

TINDAKAN JIKA GAGAL MEMBAYAR CUKAI TANAH

Pemilik tanah yang tidak membayar tunggakan cukai tanah akan diberi peringatan untuk tempoh tertentu yang ditetapkan melalui surat pentadbiran. Jika masih engkar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dan diberi tempoh 3 bulan untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah.

Jika pemilik tanah masih engkar menjelaskan tunggakan cukai tanah pada akhir tempoh tiga bulan seperti yang dinyatakan di dalam Notis 6A, Pentadbir Tanah boleh mengisytiharkan dengan perintah, tanah itu DILUCUTHAK dan menjadi hak Kerajaan Negeri Seksyen 97 & 100 KTN.

advanced-floating-content-close-btn