PERUTUSAN KETUA JABATAN

PERUTUSAN KETUA JABATAN

Tuan Haji Muhamad Arof Bin Darus.,AMK., BCK

Pegawai Daerah Kubang Pasu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Selamat Datang ke Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu yang terlibat sama ada secara langsung dan secara tidak langsung sehingga terhasilnya Laman Web Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah. Semoga laman web rasmi ini akan dapat dijadikan sebagai salah satu tempat rujukan untuk mengetahui perkembangan isu-isu semasa pembangunan Daerah Kubang Pasu. Selain daripada itu, jadikanlah laman web ini sebagai platfom untuk memberi sumbangan yang boleh memberi penambahbaikan sistem pentadbiran dan pengurusan Daerah dan Tanah Kubang Pasu demi kesejahteraan rakyat di Daerah Kubang Pasu khususnya dan Negeri Kedah amnya.

Janganlah ada di antara kita menjadikan laman web ini sebagai medan untuk menunding jari mencari kelemahan dan kesalahan sesama kita semata-mata kerana sikap sebegini hanya akan merugikan kita dan secara tidak langsung akan memberi impak yang buruk masyarakat luar terhadap kita. Ibarat kata peribahasa “Meludah Kelangit Akan Jatuh Ke Muka Sendiri”. Semangat “Yang Ringan Sama Dijinjing, Yang Berat Sama Dipikul” merupakan amalan yang sihat dan wajar menjadi amalan kita bersama dalam usaha mencari kesejahteraan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat.

Selamat melayari laman web Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah. Adalah diharapkan agar Laman web ini mampu menjadi penghubung antara Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu dengan orang ramai. Maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman web ini juga diharap dapat membantu semua pihak yang ingin berurusan dengan pentadbiran ini. Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan. Semoga laman web ini akan memberi ilmu yang akan memberi manafaat kepada kita semua,

InsyaAllah.
Wassalam dari saya.