LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG BANDAR BAHARU

Bandar Baharu merupakan sebuah daerah kecil dari sebelas daerah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Daerah ini terletak di Selatan Negeri Kedah bersempadan dengan Perak Utara (Daerah Kerian) dan Seberang Perai Selatan (Daerah Jawi). Sungai Kerian menjadi pemisah atau sempadan dia antara Utara Perak dan Selatan Kedah. Keluasan Daerah Bandar Baharu adalah 27,126.98 hektar.

DAERAH BANDAR BAHARU

Di bawah pentadbiran Daerah Bandar Baharu, terbentuk 6 mukim iaitu:

Mukim Bagan Samak
Mukim Sungai Kecil Ilir
Mukim Relau
Mukim Serdang
Mukim Kuala Selama
Mukim Sungai Batu

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PEJABAT DAERAH

BANDAR BAHARU

1.UNIT PENTADBIRAN

Menerima dan membuka surat-surat biasa yang di alamat ke pejabat nekakyu pos dan dispatch
Menerima dan menyimpan Buku-buku Daftar Penerimaan Surat-surat Berdaftar dab SULIT.
Merangka jawapan kepada Surat-surat Rasmi untuk jawapan
Merangka jawapan kepada soalan-soalan audit
Bertanggungjawab menyelia atau mengawal dan menyelaraskan kerja-kerja diantara cawangan.
Mengawasi permohonan-permohonan dan perkaara-perkara mengenai rumah-rumah kediaman kerajaan
Mengurus kerja-kerja permohonan mendapat lesen minuman yang memabukkan .
Mengemaskini semua hal-hal bersangkut dengan kakitangan yang melibatkan Buku Perkhidmatan Gaji, Cuti, kematian, persaraan dan lain-lain.
Menyelenggarakan Buku Panjar Wang Runcit
Membayar Pencen-pencen dan Gaji semasa ketiadaan Kerani Kewangan
Memasukkan Perolehan ke dalam Bank atau simpan di Balai Polis sekiranya bank ditutup (semasa ketiadaan Pembantu Tadbir (Kewangan)).
Penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan.
Mengawasi pergerakan kakitangan dan memastikan keseluruhan jentera pejabat berjalan dengan baik dan teratur.

2.UNIT HASIL

Menerima kutipan hasil, mengeluarkan resit dan mematikan setem.

Mengutip hasil seperti :

Cukai Hiburan
Kedai Billiard
Kedai Minuman Keras
Wayang Gambar
Lesen Hiburan
Bayaran-bayaran lain
Sewa Bangunan/Kantin
Menyediakan slip masuk bank
Menyediakan Penyata Pemungut
Menyediakan Penyata Setem Bulanan
Menyediakan Penyata Hasil Bulanan
Menyediakan Anggaran Hasil
Memproses borang-borang permohonan
Membuat penilaian ke atas borang-borang yang hendak dibuat pindahmilik dan menjawab surat-surat tersebut
Membuat Penyata Bulanan

3.UNIT HASIL (PERUMAHAN)

Menerima wang kutipan sewa rumah dari penghuni Rancangan Perumahan Awam Daerah Bandar Baharu.

Peranan/Fungsi

Mengutip Hasil
Mengeluarkan resit
Menyediakan slip untuk memasukkan wang ke dalam bank.
Menyediakan Penyata Harian
Menyediakan Penyata Pemungut
Menyediakan Penyata Bulanan untuk Odit
Semak Flimsy dan hantar ke Perbendaharaan
4. UNIT KEWANGAN

Menyediakan anggaran belanjawan tahunan
Menyediakan gaji bulanan kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu
Menyediakan baucar tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Menyediakan baucar-baucar bayaran bil-bil, seperti bil air, elektrik, telefon dan lain-lain. Menyediakan Borang A-KWSP kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Menerima surat berdaftar dan merekodnya ke dalam buku semua butir yang perlu seperti No. daftar, dari siapa, nombor cek, tarikh dan amaunnya serta penerima.
Bayar cek-cek kepada yang berkenaan
Mengeluarkan Pesanan Kerajaan untuk membeli barang-barang atau memesan perkhidmatan yang perlu, serta menyediakan baucar bayaran selepas itu. Mengemaskini Buku Peruntukan.
Menyemak Flimsy setiap bulan.
5. PEMBANGUNAN

Mengeluarkan Pesanan Keraian/Inden, Baucar Bayaran, Laporan dan Daftar PPRT serta Menyediakan Surat-surat Menyurat yang berkaitan.

PERANAN

Projek-projek Kecil/Keagamaan, Program Jalan Kampung

Menyediakan Pesanan Kerajaan (LO) Inden untuk projek berikut :-

Projek Kecil/Keagamaan
Projek Menaikakan Taraf Jalan Bandar Baharu
Projek Kecil AN Parlimen
Projek Kecil AN Dewan Undangan Negeri
Menyediakan baucar-baucar bayaran projek-projek di atas
Menyelenggara Buku Vot Projek–Projek Pembangunan
Menyediakan Laporan Projek-projek berikut :-
Laporan Mingguan Projek Kecil/Keagamaan
Laporan Bulanan Projek AN Parlimen
Laporan Tahunan untuk semua projek-projek yang telah diluluskan

Menyediakan Program-program Daerah Bandar Baharu seperti berikut :-

Menyediakan senarai perlantikkan JKKK Daerah Bandar Baharu
Mengendalikan Minit Mesyuarat JKKK Daerah Bandar Baharu
Membuat surat menyurat berkaitan JKKK Daerah Bandar Baharu