Siri Webinar Pencerobohan Tanah : Isu dan Penyelesaian.

Siri Webinar Pencerobohan Tanah : Isu dan Penyelesaian.

BANDAR BAHARU – 10 Februari 2021 (Rabu)

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bersama-sama para pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu berkesempatan menyertai siri webinar yang dibuat secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet.
Antara perkara yang dibahaskan ialah isu-isu pencerobohan tanah, kesan-kesan pencerobohan dan tindakan yang wajar diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
Siri diakhiri dengan sesi soal jawab.
Semoga kursus webinar seumpama ini diharap dapat membantu para pegawai dan kakitangan PDTBB meningkatkan ilmu dan kefahaman berhubung aspek penguatkuasaan pencerobohan tanah di bawah Kanun Tanah Negara di samping lain-lain peruntukan perundangan jabatan / agensi berkaitan.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang
advanced-floating-content-close-btn