Author: luqman

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

13 Ogos 2020 (Khamis) Majlis Cabutan Kerja Undi Online Fasa 3 bagi Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman tahun 2020 berlangsung di Wisma Darul Aman

Proses cabutan undi disempurnakan oleh YB Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad, DSDK dan YBhg. Pegawai Daerah Bandar Baharu Keseluruhan jumlah projek bagi Daerah Bandar Baharu adalah sebanyak 15 projek di mana 11 projek Pejabat Daerah Bandar Baharu dan 4 projek Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bandar Baharu

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu menerima Kunjungan Hormat daripada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu menerima Kunjungan Hormat daripada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu

Lawatan ke Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Rimbunan Kasih di SMK Lubuk Buntar

28 Julai 2020 (Selasa) – Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu meluangkan masa meninjau keadaan mangsa banjir yang menimpa penduduk Rimbunan Kasih. Keseluruhan 30 keluarga ditempatkan di PPS tersebut. Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Penghulu Mukim Bagan Samak dan Petugas-petugas. Terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat seperti APM…
Read more

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bil.1/2020 Peringkat Daerah Bandar Baharu

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan turut dihadiri oleh YB Dato’ ADUN Bandar Baharu yang membincangkan berkenaan kolaborasi secara bersepadu antara jabatan dan pemimpin masyarakat berkaitan isu penagihan dadah dan pelencongan sosial dalam daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat Agung Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Daerah Bandar Baharu.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu mempengerusikan mesyuarat berkenaan bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu Bil. 1/2020. Agenda utama mesyuarat berkenaan adalah pelantikan ahli-ahli jawatankuasa peringkat daerah yang baharu dan membincangkan cadangan-cadangan aktiviti bagi PBSMM Bandar Baharu. Isu-isu berkaitan PBSMM turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Lawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh dan PPS SK Selama

Lawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh dan PPS SK Selama Pegawai Daerah Bandar Baharu membuat lawatan tersebut bagi melihat keadaan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa tersebut. PPS SK Sg Salleh masih dibuka dan 9 keluarga masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Manakala PPS SK Selama telah…
Read more

Lawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu

Pegawai Daerah Bandar Baharu, Encik Mohamad Subhi bin Abdullah AMK., BCK. meluangkan masa untuk melawat 6 keluarga mangsa banjir kilat di SK Sungai Kechil Ulu, Mukim Bagan Samak dan menyalurkan bantuan kepada mangsa terbabit. Turut hadir bersama-sama ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu dan Penghulu Mukim Bagan Samak serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bandar Baharu.…
Read more

Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu

BANDAR BAHARU 12 JULAI 2020 – Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah Darul Aman. Program tersebut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis MDBB, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu.  

PROGRAM CSR OLEH FIRST SOLAR SDN BHD

Sumbangan bantuan keperluan asas kepada penduduk yg terputus bekalan makanan semasa tempoh arahan perintah kawalan pergerakan berikutan penularan wabak pandemik Covid-19. Sumbangan disempurnakan oleh YB. Dato’ Norsabrina bt Mohd Noor ADUN Bandar Baharu dan wakil dari First Solar Sdn. Bhd.

advanced-floating-content-close-btn