Category: Uncategorized

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PDTKP 1442H

Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Program Gotong-royong Memasak Bubur Asyura 1442H. Program tersebut diadakan pada tanggal 03 September 2020 (Khamis) bermula pada jam 8.30 pagi. Semua kakitangan telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

LAWATAN KERJA YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN, MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE DAERAH PENDANG

PENDANG – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida binti Kamaruddin telah mengadakan  sesi Lawatan Kerja Rasmi ke Daerah Pendang pada 5 September 2020 baru-baru ini. Beberapa cadangan dibentangkan dalam lawatan ini adalah cadangan yang berpotensi besar di dalam meningkatkan aktiviti pelancongan dan ekonomi di Daerah Pendang dan negeri Kedah kelak. Selain Daerah Pendang…
Read more

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG TAHUN 2020

PENDANG – Pejabat Daerah dan Tanah Pendang telah mengadakan Program Kacau Bubur Asyura PDTP 2020 pada 3 September 2020 (Khamis) yang lalu bertempat di Ruang Parkir Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Program Kacau Bubur Asyura ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara pegawai dan kakitangan. Program ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Suraya Yaacob,  Ahli Majlis…
Read more

30 Ogos 2020 (Ahad) Program Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu Prihatin dan Majlis Penyerahan Bantuan Kerusi Roda dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Sumbangan Tunai dari YB Dato’ ADUN Bandar Baharu di Mukim Bagan Samak, Sg Batu, Selama dan Sg Kechil Ilir

Penyerahan kerusi roda dari JKM dan sumbangan kit makanan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu manakala sumbangan berupa wang tunai dari YB Dato’ ADUN Bandar Baharu disampaikan oleh Isteri Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu. Turut serta dalam program berkenaan ialah Penghulu-penghulu Mukim yang terlibat dan Pegawai dari…
Read more

EXCO TURUN PADANG KE MUKIM JERAM

KUBANG PASU 24 OGOS-3 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Hjh Halimaton Shaadiah binti Saad, S.S.S. telah membuat lawatan ke Mukim Jeram pada 24 Ogos 2020 (Isnin) bagi mendengar dan menyelesaikan keluhan rakyat tentang masalah kebersihan. Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Zaidy Omar dan Pegawai Veterinar Negeri Kedah, Dr Faridah…
Read more

19 Ogos 2020 (Rabu) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Khas Isu Covid-19 Daerah Bandar Baharu Bil.3/2020 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan dihadiri oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan Daerah Bandar Baharu, Penghulu-penghulu mukim serta Ahli-ahli Majlis MDBB.

18 Ogos 2020 (Selasa) Taklimat Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus, Pembantu, dan Kerani Pilihan Raya (Undi Pos) bagi Negeri Kedah Darul Aman

Taklimat pada hari kedua ini dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya P. 018 Kulim-Bandar Baharu. Turut serta bersama-sama ialah Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penghulu Mukim Selama, Pen. Peg. Tadbir dan Pembantu Tadbir yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan simulasi bagi proses pengeluaran kertas undi pos. Jutaan terima kasih diucapkan…
Read more

17 Ogos 2020 (Isnin) Taklimat Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Negeri Kedah Darul Aman

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian Pilihan Raya: P. 018 Kulim-Bandar Baharu menghadiri taklimat yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini sehingga 18 Ogos 2020. Turut serta bersama-sama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah(Pendaftaran) dan Penghulu mukim Bagan Samak.…
Read more

16 Ogos 2020 – Majlis Penyerahan Inden Kerja kepada Kontraktor yang berjaya dalam Cabutan Kerja Undi Secara Online Fasa 3

16 Ogos 2020 (Ahad) Majlis Penyerahan Inden Kerja kepada Kontraktor yang berjaya dalam Cabutan Kerja Undi Secara Online Fasa 3 yang berlangsung di Wisma Darul Aman pada 16 Ogos 2020 yang lalu. Inden Kerja tersebut diserahkan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu kepada 11 orang kontraktor yang berjaya memperoleh projek Pejabat Daerah Bandar Baharu. Syabas…
Read more

13 Ogos 2020 (Khamis) Majlis Cabutan Kerja Undi Online Fasa 3 bagi Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman tahun 2020 berlangsung di Wisma Darul Aman

Proses cabutan undi disempurnakan oleh YB Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad, DSDK dan YBhg. Pegawai Daerah Bandar Baharu Keseluruhan jumlah projek bagi Daerah Bandar Baharu adalah sebanyak 15 projek di mana 11 projek Pejabat Daerah Bandar Baharu dan 4 projek Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bandar Baharu

advanced-floating-content-close-btn